Ku tatap wajah kecilnya melalui kaca telefon, terlalu kerap.
Ku tertanya-tanya keadaannya, selalu.
Ku merinduinya, sentiasa.
Ku dengar, ku lihat, namun ku tidak mampu membelainya, menciumnya, memeluknya, mendukungnya.
Insan yang hadir membawa beribu kebaikan dan kebahagiaan.
Dia (Nasuha), belum menemui kakak sulungnya.
Ibuku lemah malam ini. Terasa sungguh berat otot-otot untuk bangun dan membuat kerja.
Diusap-usapnya perut yang sudah sarat. Di hatinya penuh dengan kesyukuran terhadap Ilahi. Tidak lama lagi cahaya matanya akan lahir. Biarlah perit mahupun pedih, asalkan bayinya sihat dan selamat dilahirkan. Ibuku yakin tiada yang lebih baik berbanding kebahagian anak bongsunya yang satu ini.
Posisi baringnya dibetulkan.Lenguh. Sungguh mudah dan terlalu cepat. Terkenang pula dia akan anak-anaknya yang lain. Meriahlah hujung minggu ini nanti. Semuanya akan pulang untuk menyambut adik baru. Mesti semuanya tidak sabar-sabar menanti.
Terukir senyuman bahagia kasih seorang ibu mithali.
Usually I am called Izati or Zati. For person who is younger than me, if Malaysian, I prefer to be called 'Kakak' or 'Kak' as sign of respect. I am the first child in my family and I have a younger sister, Zakiyah and 2 brothers, Zakwan and Iman. I am also the oldest grandchildren and great-grandchildren.