Our best photo together. Couldn't be any better than this one!
Sorry, this is in Malay. I will try and find time to translate this into English. Have fun looking at the pictures though.
Kami, Pc Nazri sekeluarga dan Pc Rosdi sekeluarga) pergi bercuti ke Aviemore, ke satu tempat di mana salji akan turun berbanding di Glasgow ni. Pc Rosdi sekeluarga pergi pada hari Rabu, 6.2.2008 awal dua hari sebelum kami dan Pc Nazri sekeluarga. Pada hari Rabu, salji belum lagi turun dan Pc Rosdi ingat salji tidak akan turun lansung dan kami sekeluarga tidak akan bermain salji. Tetapi, pada hari Khamis subuh, salji sebesar ibu jari turun tidak berhenti-henti.
Kami dengan seronoknya mulakan perjalanan ke Aviemore jam 11.00 pagi yang mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke sana. Sesudah kami keluarkan semua beg-beg kami ke dalam rumah (cottage) yang kami sewa (4 bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur, halaman belakang, 3 tandas), kami pun keluar bermain ‘snow fight’ dan berseronok dalam salji turun dengan lebat. Selepas makan malam yang disediakan oleh Mak, Mc Azizah dan Mc Lidia, kami bermain ‘Pictionary’ dan ‘Apa Kata Survey/Famili Ria’. Malam itu dipenuhi oleh gelak-ketawa, bertepuk tangan, sorakan pemenang dan leteran pengalah.
Pada pagi Sabtu, kami semua keluar dan pergi ‘sledging’ di atas bukit tidak jauh dari situ, kalau pandu kereta. Kelakarnya, kereta abah tidak dapat bergerak sebab tayar-tayar beku dan penuh dengan ais. Tapi selepas ketuk-ketuk sikit tepi-tepi tayar tu, bergeraklah dia. Di bukit itu, Iman seronok tak terkata. Dia sledge sesungguh-sungguhnya. Kalau orang dah penat main, dia masih lagi main. Kaki Kakak beku dan kebas manakala tangan Kiah yang beku dan kebas. Kami main juga ‘snow fight’ dan menanam Pc Rosdi dalam snow macam orang kt Malaysia main kat pantai tanam dengan pasir. Selepas makan tengahari dan berehat seketika, kami keluarga keluar bergambar di depan rumah dengan ski dan naik basikal di dalam salji.
Selepas itu, kami berjalan ke playground tidak jauh dari rumah. Pemandangan semasa dalam perjalanan itu memang cantik sekali, betul-betul macam cerita Narnia. Harap-harap dah tengok cerita Narnia, The Lion, The Witch and The Wardrobe. Sampai di playground, kami main snow fight yang memang seronok sekali seperti perang perang dunia atau macam The Lord of The Rings, Return Of The King. Penat tidak terkata, macam baru saja berlari 100m.
Selepas makan malam, bagi yang dewasa, kami bersembang dan bagi kanak-kanak mereka menonton TV dan main PS 2. Pada hari Ahad, kami bertolak balik ke Glasgow dan hujan mula turun dengan lebat. Disebabkan hujan turun salji semua cair. Nasib baik saja kami dah nak balik dan lebih daripada puas main salji untuk kali terakhir.
Nota:
Pc = Pak Cik
Mc = Mak Cik
Pc Nazri dan Mc Azizah adalah suami isteri yang belum mempunyai cahaya mata. Pc Nazri yang belajar PHD dan Mc Azizah sedang berkerja sebagai juruaudit di sebuah Syarikat sini.
Pc Rosdi dan Mc Lidia adalah suami isteri yang mempunya tiga cahaya mata perempuan. Pc Rosdi dan Mc Lidia dua-dua belajar PHD di University of Glasgow dan pada bulan Mac yang lalu mereka telah pulang ke Malaysia. Anak mereka: Azra (10 tahun), Auni (8 tahun), Ahna (6 tahun).

Our family photo.

All together in the livingroom before going back to Glasgow.

In front of the house.

Charming and snow lover Iman.

Snow Angle Zakiyah.

Where is the head of the snowman, Auni and Ahna?
Get Auntie Lidia and Uncle Rosdi, Zakwan! We can't lose against them.
Pink Princess Azra.
The Best Snow Fighter Zakwan.
We are too tired after 2 hours playing with the snow.

Try to get on one of those ski.
Buried Uncle Rosdi. Is it cold in there Uncle?
Without us, the holiday would be dull and boring.
The sad faces when the snow are gone.

Early in the morning, saying Hello to the Merc.

Me and Zakiyah!
1 comments:
Long and detailed story. Well done!
S n o w A n g e l
Post a Comment