CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

The Last Time in Glasgow

Wednesday, 23 April 2008

Raya Aidilfitri 2007

This story also in Malay. I just copied and pasted what I wrote before. It wasn't a new fresh of my writing. I definitely will write in English in the future. Sorry.


Disini adalah gambar-gambar waktu raya aidilfitri dahulu.


Saya rasa, saya patut cerita sikit pengalaman raya aidilfitri terakhir di Glasgow.


Hari Raya Pertama:
Selepas sembahyang raya saya dan sekeluarga pergi beraya di rumah Pc Nazri, Pc Adib, Pc Jasri, Pc Salim, Pc Shabudin. Pada waktu tengahari pula, kami (Pc Nazri & wife, Pc Rosdi & family dan saya sekeluarga) pergi beraya di Sterling: 1 rumah. Walaupun jauh tetapi kami dapat makan makanan yang sangat sedap. Disebelah petang, kami (Pc Nazri & wife, Pc Rosdi & family dan saya sekeluarga) pergi rumah Pc Rahim, Abg Faiz, Mc KakCik dan malam, rumah Pc Khairul, Pc Khairuddin dan Pc Nordin. Jumlah rumah semuanya adalah 12 buah rumah, banyak tu. Tetapi tidak pecah record pun.


Hari Raya Kedua:
Lebih kurang pukul 11.30, saya sekeluarga pergi rumah Pc Zaidi untuk makan pagi dan terus bertolak ke Charles Street. Di Charles Street, kami beraya ke rumah, Mc Rai, Pc Shukri, Pc Baha, Pc Md Noor. Petang, kami beraya di rumah Pc Izani dan Pc Fajar di Govanhill. Malam pula, kami pergi rumah Pc rosdi. Hari ini 8 buah rumah, campur yang semalam, jumlah semua adalah 20 buah rumah. Banyak ni…


Hari Raya Ketiga:
Bersama- sama dengan Pc Nazri & Mc Azizah dan Pc Rosdi & Mc Lidia, kami dapat membuka rumah dengan meriah sekali.

Di pagi Isnin (Hari Raya ke-3) pada pukul 8 am, saya dan Pc Nazri pergi membeli semua barangan dan makanan yang diperlukan di supermarket ‘Asda’ dan kedai-kedai runcit lain. Sementara itu, Mc Azizah, Mak, Kiah dan Abah sibuk di dapur menyediakan makanan.

Tepat pukul 10.30 am, tetamu pertama pun datang. Cadangan untuk menyediakan ‘KFC Pah’ tidak berjaya kerana banyak lagi makanan yang belum siap seperti nugget, coleslaw dan ayam goreng. Jadi, kami menjamu sate goreng, nasi impit & kuah kacang dan nasi goreng. Dengan pelbagai jenis kuih yang kami buat (almond London, jam tart, sumprit, kuih Loyang), tiada KFC pun di sebelah pagi, tidaklah rasa tidak ‘special’.

Menjelang tengahari, tetamu mula datang dengan ramai. KFC pun sudah siap semuanya memenuhi satu ‘sideboard’ dengan semua ‘home made’ makanan (Ayam Goreng, Coleslaw, Ubi Lecek, Nugget, French Fries & Pizza(bukan KFC)). Di satu meja lagi terhidang ketupat dan gulai daging, nasi impit dan kuah kacang dan juga laksa Penang.

Dengan pertolongan Mc Lidia dan Pc Rosdi di sebelah tengahari dan petang semua tetamu (>100 orang) berpuas hati dan kenyang memakan semua hidangan. Tetamu terakhir datang jam 11.00 malam. Rasa penat jugak tapi seronak la rasa macam buat kenduri pulak.


Hari Raya Keempat:
Selepas asar, saya sekeluarga beraya di rumah Pc Rifqi’s open house.


Tahun 2007, kami berjaya beraya ke 21 buah rumah!


Nota:

Pc = Pak Cik

Mc = Mak Cik

Pc Nazri dan Mc Azizah adalah suami isteri yang belum mempunyai cahaya mata. Pc Nazri yang belajar PHD dan Mc Azizah sedang berkerja sebagai juruaudit di sebuah Syarikat sini.

Pc Rosdi dan Mc Lidia adalah suami isteri yang mempunya tiga cahaya mata perempuan. Pc Rosdi dan Mc Lidia dua-dua belajar PHD dan mengikut jadual, mereka akan balik ke Malaysia pada akhir bulan March nanti. Anak mereka: Azra (10 tahun), Auni (8 tahun), Ahna (6 tahun).


















2 comments:

Zakiyah said...

Selamat Hari Raya!

Once-In-A-Life-Time said...

waaaa..raya....yeah Selamat Hari Raya!!