PUTERA
MUHAMMAD MUZAKKIR BIN RAZALI (5 Maju)
Melangkahkan kaki ke sekolah ini pada tahun 2006 berbekalkan keputusan cemerlang 5A UPSR. Menolak tawaran ke sekolah elit kerana yakin dengan kemampuan diri dan berpendapat peluang merangkul kecemerlangan boleh diperoleh di mana-mana sekolah. Kejayaan sekali lagi menjadi miliknya apabila berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR.
Sepanjang 5 tahun di sekolah ini, namanya tidak pernah tercicir dalam setiap Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan. Pelbagai hadiah dan sijil dikumpulnya terutama dalam bidang akademik.
Bakat sebagai guru muda begitu terserlah. Sering membantu rakan sekelas, merungkai bersama masalah, terutama bagi mata pelajaran Mathematic Tambahan dan Physics.
Selain cemerlang dalam bidang akademik, Muhamad Muzakkir juga bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Pengawas sekolah sejak tingkatan 3 lagi ini juga memikul tanggungjawab sebagai bendahari bagi Kelab Memanah dan bendahari Kadet Bomba sekolah.
Menyertai pelbagai pertandingan, antaranya
- pertandingan bahas BM ala parlimen dan mendapat tempat ke-3 peringkat kelompok
- kuiz Mathematics peringkat negeri
- mighty Mind Challange peringkat negeri 2009
- kuiz perdana 2009 dan menjadi johan kelompok M4
- pertandingan kawad kaki mewakili pasukan Kadet bomba peringkat sekolah sejak tahun 2008
Hobi bermain bola sepak, dengan prinsip hidup, ‘it’s your attitude, not your aptitude to determine your altitude. Sikap anda, bukannya sekadar kebolehan dan bakat, yang akan menentukan tahap ketinggian kejayaan anda.
Bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera terkemuka, pihak sekolah dengan berbesar hatinya menganugerahkan Tokoh Pelajar Cemerlang Akademik Putera kepada MUHAMMAD MUZAKKIR BIN RAZALI.
PUTERI
NUR IZZATI BINTI SHAHABUDDIN( 5 Maju)
Nur Izzati bt Shahabuddin, mula menjejakkan kaki ke sekolah ini pada awal tahun lepas, selepas 4 tahun berada di Scotland, United Kindom.
Sepanjang 2 tahun berada di sekolah ini kecemerlangan akademik yang dipamerkan sungguh membanggakan.
Dalam setiap peperiksaan dan ujian sekolah, Nur Izzati sentiasa mendapat keputusan cemerlang dengan merangkul gred A dalam hampir semua mata pelajaran yang diambil. Pada Majlis Anugerah Cemerlang tahun 2009 dan juga pada tahun ini 2010, pelajar ini mendapat hadiah dalam pelbagai kategori, pelajar terbaik dalam kelas, pelajar terbaik keseluruhan tingkatan, dan terbaik dalam banyak mata pelajaran.
Bersama-sama rakan sekelas, pelajar ini sangat popular sebagai pakar rujuk, dan sering menjadi guru muda untuk mata-mata pelajaran tertentu.
Sangat murah dengan senyuman, tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman, pelajar ini begitu disenangi rakan sekelas dan juga guru.
Selain cemerlang dalam akademik, Nur Izzati juga tidak kurang aktifnya dalam bidang kokurikulum.
- Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia
- Pengerusi Kelab Pusat Sumber
- Menerima Anugerah Tokoh Mithali Puteri Maulidur Rasul 2010
- Menyertai Pertandingan Kuiz Matematik antara Sekolah-sekolah Pulau Pinang
Puteri kepada pasangan Pn Ratifah Md Taib, seorang guru, dan Dr Shahabuddin b Hashim, pensyarah di USM ini bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah berpangkat profesor.
Dengan prinsip hidup ‘menggembirakan ibu bapa dan keluarga’, serta moto ‘Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam semua bidang’, pihak sekolah dengan bangganya menganugerahkan TOKOH PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK PUTERI
kepada NUR IZZATI BINTI SHAHABUDDIN



3 comments:
OMG! seriously! i freaking proud of you la Izzati! <3
congrats izzati!
well done. keep it up. we proud of you. balik nanti, kitorg belanja ok. insya Allah. remind us.
:)
OMG!! this is AWESOME!
Post a Comment